Pembangunan Frigat Type 26

Penempur Permukaan Masa Depan

Kapal Tempur Global Combat mula dibangunkan di bawah program Penempur Permukaan Masa Depan asal yang bertujuan untuk mengantikan frigat Type 22 dan Type 23 dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja. Rancangan untuk mengantikan kapal pengiring bermula pada tahun 1998 dengan pesanan untuk kapal penyelidikan, RV Triton, untuk mengkaji sama ada rekabentuk sebuah trimaran adalah praktikal untuk sebuah kapal yang besar dan kompleks. Bagaimanapun, rekabentuk yang lebih konvensional lebih disukai. Pada bulan Mac 2005, rancangan telah diterbitkan untuk penyelesaian dua kelas, sebuah "Kapal Terbitan Saiz Sederhana" yang lebih murah akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2016–19 dan sebuah "Penempur Permukaan Versatil" yang lebih berupaya akan memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2023.[40]

Pada awal tahun 2006, Kementerian Pertahanan memulakan sebuah program Sustained Surface Combatant Capability (S2C2) yang akan mengkaji sinergi antara FSC dan keperluan-keperluan lain, seperti kapal penyapu ranjau, kapal peronda dan kapal tinjauan. Menjelang awal tahun 2007, program ini memperincikan tiga keperluan iaitu; C1, C2 dan C3. C1 merujuk pada platform untuk peperangan anti kapal selam dengan sesaran sekitar 6,000 tan. C2 pula merujuk pada platform kegunaan am dengan sesaran dalam julat 4–5,000 tan, manakala C3 adalah Korvet Global untuk mengantikan sejumlah besar kapal-kapal bersaiz kecil yang berada dalam perkhidmatan, seperti kapal penyapu ranjau, peronda dan tinjauan. Korvet Global dengan sesaran sekitar 2–3,000 tan.[41]

Konsep C3 bermula pada awal tahun 2004 apabila Kementerian Pertahanan mengeluarkan satu Permohonan Untuk Maklumat (RFI) untuk satu kelas kapal kecil yang dikenali sebagai Korvet Global. Kos operasi yang rendah dan kemampuan untuk beroperasi di kawasan-kawasan cetek dan pantai di mana kapal-kapal besar tidak dapat digunakan; merupakan faktor-faktor penting. BAE Systems, VT Group, Thales dan Rolls-Royce memberi tindak balas pada musim luruh 2004 dengan konsep berbeza daripada sebuah Kapal Peronda Luar Pantai yang lengkap seberat 1,500 tan kepada sebuah "korvet" yang lebih maju dan berupaya dengan berat 3,000 tan, selari dengan program Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Konsep FSC kemudian dibawa dalam belanjawan 2008, dengan dana pilihan untuk dua buah pembinasa Type 45 tidak akan dibeli (kapal ke-7 dan 8).[42] Pada tahun 2009, BAE Systems menerima sebuah kontrak untuk merekabentuk frigat C1 dan C2 dengan jangka hayat selama 25-tahun. Sejumlah 18 buah kapal (10 buah C1 dan 8 buah C2) telah dirancang untuk memasuki perkhidmatan bermula pada tahun 2020, pada tahap sebuah kapal setiap tahun.[43] Pada awal tahun 2010, verspi C3 telah digugurkan untuk memberi laluan kepada program Keupayaan Penyapu Ranjau, Hidrogradi dan Rondaan.

Kapal Tempur Global

Kenyataan rasmi berkenaan Penempur Permukaan Masa Depan (kemudian hilang menjelang tahun 2010), bahawa pada 25 Mac tahun itu; BAE Systems telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan satu kontrak berdurasi selama 4 tahun dan bernilai £127 juta untuk merekabentuk sepenuhnya sebuah kelas baharu kapal perang yang dikenali sebagai "Kapal Tempur Global", dahulunya didesignasi sebagai C1 dalam program FSC. Jangkaan pada waktu itu adalah kapal pertama akan mula memasuki perkhidmatan menjelang tahun 2021.[44][45] Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik Oktober 2010 (SDSR) telah mengesahkan komitment kerajaan dalam program Kapal Tempur Global, dan berkata; "Sebaik sahaja selepas tahun 2020, frigat Type 23 akan digantikan oleh Type 26, direka di mana peranan dan kebolehan berdasarkan keperluan strategik boleh diadaptasikan dengan mudah".[46] Laporan penilaian ini juga mengumukan bahawa frigat Type 22 yang masih ada akan dilucut tauliahkan tanpa digantikan, oleh itu mengurangkan jumlah armada pengiring Tentera Laut Diraja daripada 23 buah pembinasa dan frigat kepadsa 19 buah (6 buah pembinasa Type 45 dan 13 buah frigat Type 23).[46]

Asas kerja awal BAE Systems untuk reabentuk Kapal Tempur Global adalah sebuah kapal dengan panjang 141 meter, sesaran 6,850 tan dan julat operasi 7,000 batu nautika pada halaju 18 knot.[47] Bagaimanapun, pada 30 November 2010 laporan menyebut bahawa spesifikasi ini telah diturunkan dalam usaha untuk mengurangkan kos daripada £500M kepada £250–350M per kapal. Seterusnya, perincial spesifikasi baharu yang muncul menunjukan sebuah kapal yang lebih kecil seberat 5,400 tan yang menekankan konsep fleksibiliti dan modulariti.[48]

Tidak seperti FSC, Kapal Tempur Global hanya mempunyai satu rekabentuk badan. Bagaimanapun, sama seperti keluarga frigat pelbagai peranan FREMM dari Itali/Perancis, tiga versi dicadangkan untuk pasaran eksport: iaitu satu rekabentuk setiap satu untuk peranan anti kapal selam (ASW), peperangan anti pesawat (AAW), dan kegunaan am (GP).[49][50]

Walaupun satu keputusan telah dibuat pada bulan November 2010 untuk mengurangkan keperluan spesifikasi dan keupayaan bagi rekabentuk Kapal Tempur Global, menjelang tahun 2014 konsep rekabentuk oleh BAE Systems kembali ke asas kerja asal di mana sebuah frigat besar dengan sesaran 6,900 tan.[7] Pada bulan Februari 2015, Kementerian Pertahanan dan BAE Systems telah menandatangani satu kontrak bernilai £859 juta bagi meneruskan pembangunan dan perkembangan ke arah pengeluaran.[51] Satu fasa demonstrasi selama 12-bulan bermula pada 1 April 2015 dan selepas satu lanjutan masa selama 12 bulan pada Mac 2016, ia dijadualkan akan siap pada bulan Jun 2017.[52]

Di sebabkan kos perolehan kapal-kapal ini, Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada tahun 2015 telah mengurangkan jumlah pembelian frigat Type 26 daripada 13 buah kepada 8 buah kapal. Jurang yang wujud akan dipenuhi oleh frigat kelas baharu yang akan dikenali sebagai Type 31.

Pada 2 Julai 2017, BAE Systems telah mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai sekitar £3.7 bilion oleh Kementerian Pertahanan UK untuk membina tiga buah pertama frigat Type 26. Kenyataan BAE menyatakan bahawa keluli untuk kapal pertama di Glasgow mula dipotong "dalam beberapa minggu akan datang."[1]Pada bulan September 2015, kos program dianggarkan pada £11.5 bilion, untuk sejumlah 13 buah Kapal Tempur Global.[53] Kos untuk lapan buah kapal sepertimana dalam sebut harga adalah £8 bilion pada tahun 2016.[54] Tiga buah kapal yang dipesan pada tahun 2017 bernilai £3.7 bilion.[1]Pada bulan Julai 2021, dalam satu respon ke atas pertanyaan di Parlimen bahawa frigat Type 26 akan dilengkapi dengan Senjata Anti Kapal/Krus Masa Depan bermula pada tahun 2028.[55]

Rujukan

WikiPedia: Frigat Type 26 http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/fut... http://www.abc.net.au/news/2016-04-18/offshore-pat... http://www.navy-marine.forces.gc.ca/assets/NAVY_In... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.aviationweek.com/aw/jsp_includes/articl... http://www.baesystems.com/Businesses/SurfaceShips/... http://www.baesystems.com/en-aus/article/bae-syste... http://www.baesystems.com/en-ca/article/further-su... http://www.baesystems.com/en-uk/article/550-uk-job...